Saturday, 30 August 2014

Tak tau nak letak tajuk apa...


Don't go it's a mighty long fall
When you thought now is the time
Oh no it's a wake up call
When your life went into shock 
It seems like gravity keeps pulling us back down
Don't go it's a mighty long fall
When you know time is up 

Mighty Long Fall - One OK Rock

(credit to uncle google)

Keronsang kecil dipin ke bahu. Tudung bahagian belakang dibetulkan sebelum kembali memandang ke cermin. Ok la tu. getus hatinya lalu keluar menutup pintu bilik sebelum membukanya kembali. Lupa la pulak! Kang lambat lak nak sampai kalau menapak! Bebel hati kecilnya. Lantas, deck Element Thriftwood Black Script direntap di tepi katil sebelum berjalan laju keluar.

“Tak makan? Ke nak bungkus?” Tanya Puan Aty. “Ma bungkus je la, dah lambat ni. Makan kat sana la sat gi, sekali dengan  bebudak tu” ujarnya sambil menunduk menyarung stokin. “Minum pun tak? Ma tuang dalam flask la. Nanti minum kat sana.” Kata ibunya lagi. “Flask yang Along dapat free semalam tu ek? Boleh la.” Sengihnya. Flask dapat free dari Petronas. Amendetah abang dia buat kat Petronas semalam sampai dapat free mug dengan flask tapi yang pasti mereka berebutla macam kanak – kanak ribena free mug tu semalam.

End up dia give up dan rembat flask tu je.
Habis cerita.

“Nah. Hati – hati sikit kat jalan. Jalan straight je, jangan melencong ke nak stop ke kat mana – mana tau.” Bebel ibunya sambil menghulur bekal. “Ye ye ye. Dah dah dah. Orang dah lambat ni, sempat lak dia membebel.” Jawabnya sambil memasukkan bekal tersebut ke dalam beg. “Budak ni, kita nasihat boleh pulak dia menjawab. Eii….” Leter Puan Aty. “Si, mama. Ok, ok. Au revoir, bye bye bye…” Lantas disalam ibunya. Laju. Sebelum berlari untuk elak dicubit. “For god’s sake, anak aku sorang ni…” Geleng kepala Puan Aty sebelum pagar dikunci dan pintu dalam ditutup lalu menyambung kerja yang terhenti tadi.



Sony In-Ear Black DR-EX12iP ditarik keluar dari beg silang Fossil sebelum disumbat ke telinga. Seven fifteen, sempat lagi nak sampai sebelum tujuh setengah. Lantas langkah laju itu bertukar kepada berlari. Kakinya menolak deck Element Thriftwood Black Script ke atas jalan dan 1000 tahun (mahu hidup) – Butterfingers berdentum ditelinga, melenyapkan bunyi bising dari jalan pagi itu.

Dan seterusnya yang dia tahu, terasa cecair panas mengalir ditepi kepala dan tangannya hilang deria rasa.




               “Weh, budak ni… ok ke tak?” satu suara.
                Suara lelaki.
                
                Alamak sapa pulak manusia ni? Apasal menggerutu semacam je belakang kepala ni?
                Pasir? Pasir jalan?
                
                Kepalanya cuba menoleh ke kiri. Sakit la dowh, kepala aku.
                Rumput. Rumput jalan.
   
    Apasal seyy rumput jalan sebelah kepala aku ni???
  
Lalu, tangannya meraup mukanya. Ok, I get it. Dan kemudian, beransur-ansur bunyi deruman kenderaan di atas jalan. Dan dilihat decknya jauh dari sisi. Calar. Nasib tak patah je, getus hati.
“Weh, cuak lak aku budak ni tak bangun… ni kau la ni!” Suara tu berkata lagi.
            “Kau diam kejap, boleh tak…?! Dia dah bangunla…” Satu lagi suara lelaki.
                
               Eh! Eh! Kejap! Kejap! Aku nak pergi kerjakan?
   Aku dah lambat.
   Aku dah lambat!!!!!!!!

Lantas dia terus bangun dan terduduk kembali sambil memegang kepala. Headslam, I guess. “Errr, adik… cik... ok ke tak ni…? Nak pergi mana laju-laju ni…?” lelaki kedua itu menahan tangan di hadapannya. “Nak hantar pergi klinik ke?” sambungnya. Wajah risau lelaki itu dipandang sekilas. “Oh nope, I’m late!” Desirnya perlahan. Kepalanya digeleng dan dipaksa juga kakinya untuk berdiri lalu berlari anak dan menolak decknya ke atas jalan.
“Eh, dik…” Dan kedua lelaki itu ditinggalkan, terpinga – pinga.




Langkahnya diperlahankan ketika menghampiri kedai itu. Lagi 10 minit nak buka kedai, fikirnya. Habis punchcard aku, Bedah oiiii!!! Rasa sakit di bahagian kepala dan tangan mula menjengah. Nak cepat punya pasal, rasa sakit pun tak terasa padahal kakinya dok kerja menolak deck di atas jalan. Element Thriftwood Black Script itu dibimbit disisi kiri dan tangannya memicit pangkal hidung, cuba untuk mengingati apa yang terjadi. Dan downward sliding metal door itu diketuk.

“Siapa tu…?” suara ala-ala mak nyah mohon ditampar dan kedengaran beberapa ketawa dari dalam. Dia tersenyum kecil diluar kedai itu. Dan kemudian, terdengar selak ditarik. Sliding door itu ditarik perlahan dan orangnya sedang menekur ke bawah. “Wei, Di… Pahal kau…” ayatnya tidak dihabiskan apabila pandangan ditala ke depan.

Terkedu.

What’s up, Mal?” tuturnya lemah. Epul dan Rul tergamam melihatnya.

Jeda seketika.
              Darah masih mengalir dilengan yang mana inner hitamnya sudah terkoyak.

              "Mal, pintu kau tak tutup lagi.." katanya lagi.

“Haaaa, Di… sesat…? Ke termasuk dalam pasar depan tu…?” terdengar suara pengurusnya yang sedang menunduk sambil berjalan dari rak roti menuju ke arah kaunter. “Haa… Apasal lewat har….”

              Khali.

              Kemudian, kedengaran bunyi kayu terhempas ke lantai.
              "Kak Sara!!! Di pitam!!!"




             “Macam mana boleh kau cedera begini ni?” kata Kak Sara sambil mencelup kain tuala kecil itu ke dalam gayung berisi air di sebelahnya. Mereka di dalam, belakang stor. “Entahla, kak. Saya pun tak berapa ingat. Yang saya tau, sedar – sedar dah kat tepi jalan.” Sadis benor pulak bunyi ceritanya, macam kena sepak pastu tinggal tepi jalan. Huhu. Cuma tak lah kena sepak dan kena tinggal tapi kena langgar dan orang itu at least berhenti. Tak adalah menyedihkan sangat. Kain tuala itu kemudian diperah. “Yang langgar tu motor ke kereta? Ke trak askar?” Tanya Kak Sara, tersenyum sambil membersihkan darah dilengannya. Inner longgarnya pun sudah terkoyak dan berdebu. Dikerling Kak Sara di sebelah. Amboi kak, trak askar…? Asal bukan treler je…? “Akak, kalau trak askar tak adanya saya nak muncul dah kat depan macam tu…” katanya sambil mengacah memukul Kak Sara.

Khali seketika.

“Nah.” Bo...ngok! Ye lah, siapa tak terkejut tiba-tiba ada tangan dari belakang menjengah. Dah macam The Walking Dead punya zombie dah. Tangan itu menghulur beg plastik yang berisi ubat cuci, iodine, kapas dan plaster. “Terima kasih.” Sahutnya perlahan. Kak Sara mengambil bungkusan itu.

Epul berdiri di sebelahnya. “Kau ok tak ni? Kau tak nak balik ke…? Kalau kau nak aku hantar…” “Ey kau tak payah, kau… Kau tu dah la naik motor, takkan aku nak membonceng pulak. Tak payah, tak payah. Lagipun aku larat, kalau aku tak larat nanti aku cakap. Lagipun kau tolong beli ni dah besar dah jasa kau.” Jawabnya. “Tak apa, Epul. Akak hantar. Lagipun banyak barang, 20K hari ni. Nanti akak minta tolong Mal atau abang masuk register.” Kata Kak Sara. Dia faham Di tu macam mana orangnya. “20K???!!! Mak aii, melampau. Pancitla, kak oiiii… Ok arr. Di, kau kalau tak larat jangan nak paksa. Kitorang humban kau dalam kereta akak tu kalau kau pitam lagi then campak gi hospital.” Bebel Epul sambil melangkah keluar. Humban? Campak? Aku penyepak gak budak ni... “Ye, ye, ye… Ok, ok, ok…” balasnya. Kedengaran kemudian pintu stor ditutup.

Ouch! Akak sakitla… Slow sikit…” desirnya. “Akak tak tekan pun, tahanla sikit kau ni pun… Ni buang kuman dulu sebelum sapu ubat kuning ni, tu yang pedih bila letak ubat cuci ni… Tahan sikit, ujian ni… Ujian…” kata Kak Sara, tenang.


              Ya.
Ujian.
Ujian yang hebat.

Ujian yang hebat untuk hambaNya yang hebat.
              Dan hambaNya yang hebat akan berdiri teguh dengan iman yang kukuh.


-It ain't all kill but it ain't all waltz...
'cause you've something to be kicked off...-

May Allah ease... and bless...
Here... and hereafter...

Sincerely with love, peace be upon you...

Living anonymously,
She-with-no-name

p tendang s: sorry banyak typo dan ayat tak sedap, sebab mengantuk tahap abadi sambil tulis dalam gelap... heeeee...
^_^ v *sambil mengangkat tanda aman