(credit to uncle google)
“Rindu terlalu padamu
Tak bisa dihitung
Rindu terlalu padamu
Tinggi menggunung'
Tak bisa dihitung
Rindu terlalu padamu
Tinggi menggunung'
Rindu – Nur One ft. Hafiz Hamidun
“Hey, amoi….”
Kepala yang
menekur ke bawah, sedang menyusun barang di bawah kaunter register itu mendongak ke atas. Tiada riak ekspresi langsung di
wajahnya. “Ya, kenapa uncle?” tanya
kepada lelaki berbangsa cina lewat 50-an itu.
“Haiya! You
sudah lama kerja sini pun tidak tahu lagi ka?! Macam biasa la…” tempik lelaki
tua itu.
Wajah itu
memandang ke atas meja kaunter yang kosong bersilih ganti dengan uncle itu seketika, sebelum berpaling ke
arah rak yang bersusun bermacam kotak rokok di belakangnya. “Yang mana, uncle?” tanyanya berpaling sedikit
sambil tangan bergerak menunjuk ke arah salah satu rokok tersebut.
“Haiya! Yang
sama la! You sudah lupa ka? Camel soft pack, satu.” kata lelaki itu lagi.
Tangannya
menghulur satu kotak rokok kepada lelaki tua itu. Masih di wajahnya tiada riak
perasaan terpamer.
“Uncle, dia
baru masuk la uncle. Mana mau ingat semua customer yang selalu datang. Baru 2
minggu maaa… Bukan selalu dia duduk kaunter sini maaa...” suara kak Sara yang muncul entah dari mana.
“Sudah 2
minggu kerja itu lama la. Aiyoo…” bebel orang tua itu lagi sambil tangan
menghulur duit.
“Dia baru
lagi la, tak faham ka? Hish, uncle ni…” kata kak Sara lagi sambil mengetap bibir lalu mengambil
bungkusan plastik di atas meja lalu mengacah untuk melibas di lengan uncle itu.
Tangannya
laju menekan keyboard register lalu memasukkan wang ke dalam drawer. Resit
ditarik koyak dari tepi monitor sebelum dihulur kepada lelaki itu. “Terima
kasih.” katanya lalu mengukir senyuman sambil menghulur resit sebelum lelaki
itu berlalu pergi.
“Di jangan
terasa. Dia memang macam tu. Memang selalu datang sini pun beli rokok tu.” kata
kak Sara, memandang ke wajah yang kembali tiada riak, yang tenang seperti air itu.
Kepalanya
menggeleng. “Tak apa kak, biasa la orang macam tu. Dah banyak jenis orang saya
jumpa. Lagipun, memang salah saya tak ingat.” katanya. Kak Sara tersenyum
sebelum berlalu pergi.
Seketika sepi
disekelilingnya.
“sebab aku
hanya ingat mereka yang bermakna…” detik hatinya. Sejenak, wajah - wajah yang dirindui melayari minda.
Dan perlahan, dia mengukir senyum hambar.
Dan perlahan, dia mengukir senyum hambar.
Not telling,
saying, talking or typing doesn’t mean they didn’t miss or had a thought of
you.
They did.
Just they didn’t
know how to tell cause it’s heavy inside, actually.
Love you
guys... ^_^
Salam Ramadan
Mubarak...
May
Allah ease… and bless…
Here…
and hereafter…
Sincerely
with love, Peace be upon you…
Living anonymously,
She-with-no-name
P sepak s:
memandangkan ini adalah post pertama di bulan yang mulia pada tahun ini, hal
ini telah menunjukkan bahawa dari post bulan puasa tahun lepas ke tahun ini,
baru tujuh.
Ngeng.
Lembab betul.
Nampak nor tak pandai menulis.
Ceit.
Nampak nor tak pandai menulis.
Ceit.