Friday, 11 July 2014

Meaning of meaning, figuratively...


(credit to uncle google)

Rindu terlalu padamu
          Tak bisa dihitung
                 Rindu terlalu padamu
                           Tinggi menggunung'
Rindu – Nur One ft. Hafiz Hamidun

“Hey, amoi….”
Kepala yang menekur ke bawah, sedang menyusun barang di bawah kaunter register itu mendongak ke atas. Tiada riak ekspresi langsung di wajahnya. “Ya, kenapa uncle?” tanya kepada lelaki berbangsa cina lewat 50-an itu.

Haiya! You sudah lama kerja sini pun tidak tahu lagi ka?! Macam biasa la…” tempik lelaki tua itu.

Wajah itu memandang ke atas meja kaunter yang kosong bersilih ganti dengan uncle itu seketika, sebelum berpaling ke arah rak yang bersusun bermacam kotak rokok di belakangnya. “Yang mana, uncle?” tanyanya berpaling sedikit sambil tangan bergerak menunjuk ke arah salah satu rokok tersebut.

Haiya! Yang sama la! You sudah lupa ka? Camel soft pack, satu.” kata lelaki itu lagi.
Tangannya menghulur satu kotak rokok kepada lelaki tua itu. Masih di wajahnya tiada riak perasaan terpamer.

Uncle, dia baru masuk la uncle. Mana mau ingat semua customer yang selalu datang. Baru 2 minggu maaa… Bukan selalu dia duduk kaunter sini maaa...” suara kak Sara yang muncul entah dari mana.

“Sudah 2 minggu kerja itu lama la. Aiyoo…” bebel orang tua itu lagi sambil tangan menghulur duit.

“Dia baru lagi la, tak faham ka? Hish, uncle ni…” kata kak Sara lagi sambil mengetap bibir lalu mengambil bungkusan plastik di atas meja lalu mengacah untuk melibas di lengan uncle itu.

Tangannya laju menekan keyboard register lalu memasukkan wang ke dalam drawer. Resit ditarik koyak dari tepi monitor sebelum dihulur kepada lelaki itu. “Terima kasih.” katanya lalu mengukir senyuman sambil menghulur resit sebelum lelaki itu berlalu pergi.

“Di jangan terasa. Dia memang macam tu. Memang selalu datang sini pun beli rokok tu.” kata kak Sara, memandang ke wajah yang kembali tiada riak, yang tenang seperti air itu.

Kepalanya menggeleng. “Tak apa kak, biasa la orang macam tu. Dah banyak jenis orang saya jumpa. Lagipun, memang salah saya tak ingat.” katanya. Kak Sara tersenyum sebelum berlalu pergi.

Seketika sepi disekelilingnya.

“sebab aku hanya ingat mereka yang bermakna…” detik hatinya. Sejenak, wajah - wajah yang dirindui melayari minda.

Dan perlahan, dia mengukir senyum hambar.

Not telling, saying, talking or typing doesn’t mean they didn’t miss or had a thought of you.
They did.
Just they didn’t know how to tell cause it’s heavy inside, actually.

Love you guys... ^_^

Salam Ramadan Mubarak...

May Allah ease… and bless…
Here… and hereafter…

Sincerely with love, Peace be upon you…

Living anonymously,
She-with-no-name


P sepak s: memandangkan ini adalah post pertama di bulan yang mulia pada tahun ini, hal ini telah menunjukkan bahawa dari post bulan puasa tahun lepas ke tahun ini, baru tujuh.

Ngeng.

Lembab betul. 
Nampak nor tak pandai menulis.
 Ceit.

6 comments:

  1. assalamualaikum asylum mind, rindu sama kamuu jugaa. salam kosong-kosong yaa :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ek, tak de... biase je... kalo pandai dh byk dah menulis... :D

      Delete
  3. Boleh buat novel la Nad ;) hee, ni Sayy btw. rindu naaaaddd :')

    ReplyDelete
  4. rindu sayy gak... hehe... :D x dok la sampai nak buat novel.... hebat benor tu...

    ReplyDelete