Sunday, 18 May 2014

Mother; Teacher, Teacher; Mother

(credit to uncle google)

“Bokura ga deatta hi wa futari ni totte,
(To us, the day we met is the day)
Ichiban ume no kinen subeki hi da ne,
(We should commemorate the most)
Soshite kyou to iu hi wa futari ni totte,
(Then, this day called "today" is the day)
Niban me no kinen subeki hi da ne…
(We should commemorate the second most)”

Wherever You Are – One OK Rock

Hari ini aku menjadi seorang ibu.
Tak, aku bukan baru melahirkan seorang anak. (bangau tol la... -..-")
Ya, aku seorang ibu sementara.
Momentarily-defined mother.
Di mana sebenarnya Puan Ma tiada di rumah, jadi rumah nie akan jadi hutan gelap tropika jikalau mak aku tiada.
Jadi, menjadi tugas aku untuk kemas, masak dan basuh.

Sangat. Penat.
Seyesli (Baca: seriously).
Peluh tok sah cakap. Boleh tadah berbaldi mungkin. *Hyperbolic notation, gehh

Yup, mesti ada yg akan kata… (terutamanya yg mengenali, yela ni kan era millennium bashing mem’bashing’ orang)
-haha, kau?! Masak?
-weh, ko pandai kemas ke?

Dan yg paling tepat… (aku rasa)
-elehh, baru buat macam tu sikit dah kecoh, duhh *sambil tangan ke bahu ala-ala jemah gossip celah pagar berjaring.

Tapi, yg aku nak cakap kat sini adalah tentang penatnya seorang ibu; guru.


Ya.
Aku tak reti mahupun pandai nak bercakap, menulis ayat manis potong kaki buang pancreas, nak bagi kesan kat orang, nak bagi orang meleleh nangis nak macam air terjun Niagarafalls bagai…
Tak.
Tapi aku bercakap menulis mengikut kefahaman aku.

Pouring out my own thoughts; perception.

Puan Ma adalah seorang manusia biasa.
Seyesly, pada pandangan orang lain kalau nak banding, beliau adalah manusia biasa.
Tapi, pada pandangan kitorang (Baca: Anak-beranak) dia, LUAR BIASA.
MASSIVELY.
IMMENSELY.
PROMINENTLY.

Dalam satu hari, dia boleh buat macam-macam.
Dialah yg bekerja semua.
Dialah yg mengemas semua.
Dialah yg memasak semua.
Dialah yg membasuh semua.
Dialah yg menjerit bersahut-sahutan, membebel berjela-jela semua. Eh.
Walaupun dia sakit. (tak kisahlah sakit kaki ke apa ke)

Dari kita kecik kemetot, dialah yang menolong; mengajar kita dengan izinNya dari kita meniarap, merangkak, masukkan kita dalam kerusi gila (Baca: Walker, bukan crazy chair mahupun Paul Walker, lulz), berjalan, berlari, menari, melompat… (Hah, apa lagi kau nak, cakap cakap…)
Dia juga seorang guru.
Ya.
Seorang guru.
Aku sedang mengatakan yg ibu kita seorang guru secara tidak langsung sama ada kita sedar atau tak.


Aku ingat lagi, waktu aku tengah kiasbelakang (Baca: Flashback) pasal zaman aku belajar dulu… (ceh, cakap mcm dah habis belajar…) okla, waktu kecik-kecik comel lote dulu, aku baru perasan yang aku tak masuk taman kanak-kanak (Baca: Kindergarden) waktu umur 4-5 tahun. Aku masuk era tu waktu umur 6 tahun.

Aku tahu.
Korang nak cakap aku lembab. -_-“
Fine, tak kisah pun. Bukannya ko kenal aku. Hah.
(Tapi tak ada la lembab mane, still no 2 and 3 gak dalam kelas.)

BUT…… (there’s a big BUT here Baca: TAPI, bukan… tak apa, abaikan)
Puan Ma yg ajar aku.
Ya, dia yg ajar aku semua. Dari mengeja kepada mengira.
Kira homeschool la jugak (lulz, tak boleh bla gila)
Aku masuk sekolah rendah pun, dia masih mengajar aku macam mana nak tulis kursif (Baca: tulisan bersambung) sebab kat sekolah tak diajar dan konklusinya, menyebabkan tulisan aku macam cacing kerawit yg,err… OKU mungkin…? Sampai abang-kakak aku pun pernah kutuk… (padahal tulisan diorang sama je…) *krik krik, syiiii… bunyi daun kering lalu
So, bayangkan tugas mengajar juga ditambah ke dalam list.
………..

Can’t even imagine how ‘till now.
But, still… cuba ingat balik.
Kita still lawan mak kita, kan? (aku, tok sah cakap la)
Short, as simple as that.
But massive to be told, elaborate own our own.

Padahal Rasulullah SAW bersabda maksudnya,

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi SAW menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi SAW menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Baginda menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi SAW menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’”
(HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)


Pentingnya ibu itu adalah tiga kali pentingnya ayah...

Tak.
Aku tak kata aku baik kat sini.
Bahkan, aku rasa aku lagi teruk kot.

Kalau awek, pakwe, cowok kawan atau tak kisahla siapa-siapa minta tolong, boleh pula tapi mak minta tolong sikit pun kita dah macam apa..
Kalau habis kredit untuk awek, pakwe, cowok, kawan tak apa pula, tapi kat mak kita tak pernah pula nak call atau bergayut-gayutan bersahut-sahutan bagai.
Kalau nak kata sibuk, buat satu dua jenis kerja je pun padahal mak kita pun sibuk buat bermacam-macam jenis kerja dari siang sampai malam tapi ingat juga dekat anak dia.

Aku tak reti nak omong banyak-banyak. Aku rasa semua boleh fikir sendiri, tidak? Sebab semua dah besar pemikiran dan… badan, mungkin? Eh. Tapi, masalah kita adalah…
Kita alpa.
Kita lupa.
That’s the fact, not a factoid.
Sebab kita manusia.
Tapi, kita tak boleh jadi itu sebagai alasan konkrit atau abstrak sebab kita perlu ada kesedaran kita sendiri. Takkan nak tunggu mak sendiri dah pergi baru nak meraung?
Nak macam tu, hah?
Nak macam tu?
Nak nanti ada orang kata,
“Mak kau dah pergi baru kau nak tengok…”?

Nak macam tu?

Aku ingat lagi waktu aku kat sekolah dulu, kakak aku pernah cakap waktu dia datang tengok aku,
“kalau kita belajar tapi kita sakitkan hati mak kita, ilmu tak berkat tau, tak jalan gak walaupun dia tak ajar kita…”
Memang betul pun.
Waktu tu aku belajar aku rasa macam nak mampos pecah kepala tapi kenapa pointer aku tak naik tinggi macam orang lain...?
Heh.

Pikir sendiri la der-der semua, iye?

-Redha Allah SWT terletak pada redha ibu bapa dan kemurkaan Allah SWT terletak pada kemurkaan ibu bapa-

Patuhi selagi tidak bertentangan dengan syarak. Even kalau ada yg parents bukan Islam pun wajib dipatuhi selagi dia tak suruh buat benda yg tak baik. Nampak tak? Apatah lagi yang Islam...
*senyum J

Bila masuk sekolah asrama macam aku (nama dirahsiakan), memang takla parents nak duduk sekali melainkan sekolah tu ada rumah tumpangan free termasuk air dan tariff elektrik. Aku ingat lagi ayat pertama adalah,
“Di sekolah, guru adalah ibarat parents awak.”
Aku macam,
“hah?” (yela, bengong-jahil lagi waktu tu)
Memang betul pun cuma kau tak duduk serumah/sebilik/sekiub/se… bagainya dengan diorang la… Cuma mungkin sebangunan je kot. (Pahal lak nak share share segala bagai ni, buat jahat tak boleh la pula nanti… Nampak tak permainan dia…? *angkat kening dua dua belah banyak kali)

Kalau nak kata mereka tak jaga kita, mereka tak adanya nak mengajar kita untuk masa depan kita. Cuba pikir.
Kalau kau nak kata mereka tak masak untuk kau, senang aje… Set date gi rumah dia secara beramai-ramai terutamanya, konpem time tu memang dia akan masak untuk korang punya. Paling tak pun, sedia air kosong atau air berwarna atau goreng ayam segera jenama ayamas untuk korang je. Pastu share ramai-ramai, seketul 4-5 orang… (Aku pernah boleh tak? Pastu balik tu pergi mapley café…) but then again, mereka bagi jugak, kan? J

Tapi, apa pun paling penat...
Adalah mengajar kita.
Ajar.
Didik.
Teach.
Err.
تدريس
Err, apa lagi… cakap-cakap.. *sambil cekak pinggang sambil angkat kening

Bayangkan dia mengajar kita, non-stop… biarpun bukan untuk orang yang sama tetapi masalahnya, berterusan...

Berterusan. Tau.

Dan bayangkan seorang guru itu juga ada anak yang perlu dijaga selepas bertugas.
Dia akan ulang balik tugas mereka seperti yang aku sebut sebelum ni.
Kalau kau nak cakap pasal cuti, ya.
Memang rata-rata mereka cuti, tapi mereka cuti dari mengajar.
Ada jugak yang buat kelas tambahan waktu tu, sama juga.
Di rumah, mereka ada juga tugas yang perlu dibuat.

Aku ingat lagi ostadjah aku pernah kata,
“Doa seorang guru itu sangat mustajab seperti doa ibu bapa. Semuanya disebabkan penat lelahnya, dengan penuh keikhlasan mengajar ilmu untuk kita, yang kita akan gunakan utk mungkin bukan sekarang tetapi, masa depan. Kalau dia tak redha, boleh jadi apa yang kita pelajari itu tak berkat…”

Seorang ibu dan seorang guru.
Seorang guru dan seorang ibu (… atau lelaki, bapa J)

Kerana itu, adanya HARI IBU.
Kerana itu, adanya HARI GURU.
Kerana niat nawaitu saumaghodin, hari itu adalah untuk meraikan mereka.
Memang, sebenarnya setiap hari, hari ibu dan hari guru tetapi kalau setiap hari nak celebrate, bak kata Ostaz Kazim Ilias…
Kopakla kita… -_-“ (lagipun aku bukannya Ivanka Trumpet. Eh.)

Hari itu, kita khaskan…
Hari itu, hari special.
Mak kita tak payah masak. Kita yang masak. Mak kita boss in da house pula.
Cikgu kita tak payah mengajar untuk satu hari, kita buat majlis untuk meraikan dan menghargai mereka di mana kita uruskan semua dan mereka tak payah penat uruskan. Mereka just duduk and we make them having fun with us, together.

Batch aku dulu pernah waktu Form 3 buat something yg memang orang tak pernah buatla, mainstream gila kot and we’ve made them really mad like err… waktu Hari Guru kitorang buat persembahan… aku ingat lagi waktu tu nyanyi lagu ‘Kau Ilhamku’ dengan ‘Pieces – SUM 41’ (yg menyebabkan aku ter’crazy’-‘crazy’kan Deryck Whibley) semua berdiri and kitorang minta maaf then bagi bunga dekat mereka. Aku ingat lagi waktu tu ada cikgu keluar, kitorang memula ingat dia menyampah sangat dengan kitorang tapi rupanya dia nangis kat luar dewan. Memang ramai yang tear glands tetiba active waktu tu termasukla orang yg menaip ni… (cehh, kuat menangis rupanya dia ni. lol). Cikgu BM aku lagi la, memula dia melawak kata suara macam apa mula-mula nyanyi lagu Pieces tu tapi, memang sedih… Touching, katanya… Sampai sekarang aku ingat lagi… It’s like a videotape in my mind. Playing it again and again.

Memorabilic habis. Haha.
Dan sampai sekarang walaupun dah tinggalkan dunia sekolah lebih 12-13 tahun, but I still remember their names although mereka tak ingat aku pun... J

Lots have past.
Lots to come.
And it’s just those memories to be kept with us, together…

Hargai mereka, IBU DAN GURU.
Kerana mereka bukan siapa-siapa pada kita.
Mungkin mereka orang biasa.
Tetapi mereka adalah LUAR BIASA.
Mereka juga salah satu penyebab yang diizinkanNya, untuk pencapaian terbaik kita pada hari ini.
Lihat ke belakang kerana kita tidak mampu kembali ke belakang tetapi kita boleh melihat untuk menjadi pemangkin untuk hari ini dan esok untuk sedar.
Kerana kita mungkin tidak boleh jadi sebijik-sejibik-sejibon seperti mereka.
Tetapi mereka membantu membentuk kita dengan izinNya hari ini untuk merasa izzahnya sebagai seorang muslim/muslimah hari ini
Dan kita, insyaAllah akan menjadi seorang ibu…
Seorang bapa…
Seorang guru (sama ada secara langsung atau tak)

Jika tiada izinNya masa mereka untuk kita, kita mungkin, Nauzubillah min zalik…
Nasrani…
Majusi…
Yahudi…

Semua di atasNya, dengan izinNya…
Kerana Dia Yang Maha Berkuasa atas setiap hal…

Selamat Hari Ibu.
Selamat Hari Murabbi.
Selamat Hari Guru.
*senyum sambil mengangkat tanda aman

May Allah ease… and bless…
Here… and hereafter…

Sincerely with love, Peace be upon you…

Living anonymously,
She-with-no-name

Credit to:
-My always-cute mom… Puan Ma
-My sister-in-law, nyehehe… Cikgu/Kak Marni
-My teachers from Kindergarden to Pre-U (nama dirahsiakan)
… and others, directly or indirectly…
Thank you, from the bottom of my heart... and liver to add-on… J

Began, 16052014:1815
Finale, 18052014: 0105

No comments:

Post a Comment